Laman Utama > Pembangunan Bakat

 


Pembangunan Bakat

Timbalan Pengetua Pembangunan Bakat MRSM Alor Gajah iaitu Pn. Nurulhanim binti Kamaruddin merupakan individu yang diberi tanggungjawab dalam mengawalselia setiap aktiviti dan kegiatan ko-kurikulum pelajar.  Kokurikulum merupakan proses pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah. Aktiviti-aktiviti ini lebih menekankan aspek-aspek tersembunyi seperti nilai diri, bakat, kepimpinan dan sosial. Ia juga berfungsi untuk mengukuhkan dan menjayakan pembelajaran pelajar-pelajar yang terlibat di dalam kelas. Komponen atau aktiviti di dalam kegiatan kokurikulum mempunyai kurikulum tersendiri yang mana modul dijadikan panduan kepada setiap kursus yang ditawarkan. Terdapat tiga kategori utama kegiatan kokurikulum di MRSM Alor Gajah iaitu:

1. Kelab & Persatuan

2. Sukan & Permaianan

3. Badan Beruniform