Timbalan Pengetua Hal Ehwal Akademik MRSM Alor Gajah iaitu En. Ikhwan bin Khalil merupakan individu yang diberi tanggungjawab dalam mengawalselia sistem Pengajaran & Pembelajaran (P&P) guru-guru MRSM. Unit ini memainkan peranan penting dalam menyusun program-program pendidikan untuk mempertingkatkan pencapaian akademik pelajar maktab. Selain itu, unit ini juga bertanggungjawab dalam memastikan kemudahan - kemudahan pembelajaran di maktab sentiasa terkawal dan mencukupi seperti kemudahan komputer, buku rujukan dan lain-lain.